Friday, June 26, 2009

Penyuburan Diri Insan Guru

PENYUBURAN DIRI INSAN GURU
LATIHAN

1) Di bawah ini disenaraikan nama-nama Kesultanan Melayu Melaka ( 1400-1511 ) tetapi tidak mengikut urutan. Anda dikehendaki menyusun semula mengikut kronologi.


1- Parameswara
2- Sultan Ahmad Shah
3- Seri Maharaja (Sultan Muhammad Shah)
4- Megat Iskandar Shah
5- Sultan Alauddin Riayat Shah
6- Seri Parameswara Dewa Shah
7- Sultan Mahmud Shah
8- Sultan Mansur Shah
9- Sultan Muzaffar Shah

Sila susun ikut kronologi

1
Parameswara
2
Seri Parameswara Dewa Shah
3
Seri Maharaja (Sultan Mahmud Shah)
4
Megat Iskandar Shah
5
Sultan Muzaffar Shah
6
Sultan Mansur Shah
7
Sultan Alauddin Riayat Shah
8
Sultan Mahmud Shah
9
Sultan Ahmad Shah


2) Apakah sebab Melaka dalam masa yang singkat berjaya membina sebuah kerajaan yang agung dan dihormati di rantau Asia


Anda boleh melihat dari tiga sudut iaitu politik, ekonomi dan sosial

POLITIK
EKONOMI
SOSIAL
1.pentadbiran yang sistematik
1.pusat perdagangan
1.pusat kegiatan ilmu
Sistem 4 lipatan
Strategik, terlindung angin monson
Istana pusat intelektual
Peranan setiap pembesar
Peranan syahbandar
Peranan bahasa Melayu
2.perluasan kuasa
2.sistem mata wang
2.pusat perkembangan agama Islam
Penaklukan
Pelabuhan intreport
Sinar Islam di Melaka
Perkahwinan
Kemudahan pelabuhan
Kegigihan Melaka sebar Islam
3.hubungan luar
3.sistem cukai yang sistematik
3.hubungan antarabangsa yang erat
Pasai
Peranan laksamana
Keberkesanan undang-undang
Siak
Peranan orang laut
Kebijaksanaan pemimpin








3) Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dilihat dari tiga faktor iaitu politik, ekonomi dan sosial. Nyatakan faktor-faktor itu.


POLITIK
EKONOMI
SOSIAL
1.Kelemahan pimpinan
1.Rasuah yang berluluasa
1.Masalah perpaduan
Tiada pemimpin berkaliber

Permusuhan Melayu dan India muslim
Sultan bertindak mengikut nafsu

Sikap pilih kasih
2. Timbul perasaan dengki
2.Cukai yang tinggi
2. Kedatangan portugis


Slogan Gospel, Gold dan Glory


Penyebaran agama Kristian
3.Kelemahan askar Melaka
3. ketamakkan pembesar
3. perpecahan dikalangan orang melayu
Askar Jawa yang tidak setia


Kelengkapan perang Portugis














4) Sila catatkan apakah kesinambungan yang diwarisi sehingga ke hari ini


i) Intitusi Kesultanan

Institusi Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kesinambungan sehingga hari, antaranya ialah:-

i) Sultan sebagai ketua negara
ii) Sultan sebagai ketua agama
iii) Adat istiadat diraja
iv) Bahasa istana

ii) Jentera pentadbiran

Jentera pentadbiran yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti berikut:-

i) Bendahara - Perdana Menteri
ii) Temenggong - Ketua Polis
iii) Laksamana -Angkatan Tentera Laut










BAGAIMANA HENDAK MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU ?

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang unik dan bertuah. Kerana tanahairnya aman damai seperti Malaysia ini. Sejarah telah membuktikan bahawa martabat bangsa Melayu telah hilang jatuh apabila kehancuran institusi Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. justeru apabila negara ini dijajah, banyak unsur luar masuk dan mempengaruhi bangsa Melayu. Kesan daripada penjajahan tersebut kita bukan sahaja kehilangan martabat malah kesan penjajahan pemikiran barat, kita telah kehilangan identiti sendiri, buktinya lihatlah pemuda dan pemudi hari ini yang rupanya Melayu tetapi kehidupan mereka mengikut cara hidup barat. Soalnya bagaimana kita hendak memartabatkan bangsa melayu? Banyak aspek perlu dilihat dan banyak perkara yang perlu kita perhatikan dan banyak perkara perlu diselesaikan agar martabat bangsa Melayu akan mencapai kegemilangannya.


Perkara utama yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bangsa melayu ialah mengubah persepsi orang Melayu hari ini. Sikap memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri individu tersebut. Sekirannya individu tersebut mengenali dirinya, asal-usulnya, sejarahnya maka dengan ini barulah akan membentuk jati diri sendiri, dan jati diri ini akan membantu dirinya, masyarakat dan negara. Jadi sekiranya semua orang Melayu mempunyai sikap seperti ini sudah pasti ketulenan Melayu akan teserlah dimana budaya, identiti, jati diri, semangat cintakan tanahair akan wujud. Sebagaimana yang diketahui bahawa sejarah membuktikan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu telah bermula sejak kemasukkan Portugis di tanah Melayu. Ramai pejuang tanah air tekorban dalam memperjuangkan tanah air dan bangsa Melayu. sekiranya masyarakat sekarang mempunyai semangat cintakan tanahair seperti pejuang dahulu, merelakan diri tekorban demi bangsa dan negara sudah pasti martabat bangsa Melayu akan dapat dikukuhkan.



Agama Islam juga merupakan elemen penting dalam memartabatkan bangsa Melayu. Pendidikan Islam perlu diterapkan secara bersungguh-sungguh kerana Islam merupakan agama yang syumul dan lengkap. Apa yang dibawa dalam Islam semuanya amat bertepatan dengan bangsa Melayu. jadi agama Islam boleh menjadi benteng dalam mempertahankan maruah diri, masyarakat dan negara. Islam menyuruh supaya sentiasa menjaga kehormatan diri, masyarakat dan negara. Mempertahankan diri dari sebarang bentuk ancaman yang bertentangan dengan Islam merupakan satu jihad. Jadi secara tidak langsung ia akan membangkitkan semangat patriotik. Semangat inilah yang akan membantu bangsa Melayu untuk memartabatkan dirinya. Oleh yang demikian penghayatan agama Islam amat perlu bagi melahirkan diri, masyarakat dan negara yang bermaruah.


Dari sudut ekonomi, bangsa Melayu amat ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Justeru untuk untuk memartabatkan bangsa Melayu orang melayu mesti menguasai ekonomi negara. Ekonomi amat penting dalam pertumbuhan negara. Pada hari ini ekonomi negara dikuasai oleh bangsa yang lain, oleh yang demikian mereka dapat meningkatkan bangsa mereka menerusi penguasaan ekonomi. Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang yang terkenal, oleh itu Melaka telah menjadi tumpuan di seluruh dunia. Disini dapat dilihat bahawa Melaka pada waktu itu telah berjaya membentuk identiti tersendiri, agama bangsa dan negara bahkan mereka dihormati, antara faktor kejayaan tersebut penguasaan ekonomi oleh Melaka pada waktu itu. Oleh yang demikian pendekatan yang serupa perlu diambil kira agar dengan penguasaan ekonomi, bangsa Melayu pada hari ini dapat mempertingkatkan martabat diri mereka.


Politik juga berperanan memartabatkan orang Melayu, menerusi politik bangsa Melayu akan terus kukuh. Di negara ini, boleh dikatakan bahawa bangsa Melayu yang menguasai politik tanahair. Namun apa yang perlu ialah pengukuhan terhadap persada politik tanahair kita. Perdana Menteri merupakan kemuncak kuasa pentadbiran, pada hari ini orang melayu memegang tampuk pemerintahan. Namun begitu jika sekiranya penguasaan politik tidak kuat, besar kemungkinan tampuk pemerintahan negara akan jatuh kepada bangsa lain. Apabila tampuk pemerintahan dikuasai oleh bangsa lain, maka kepentingan orang Melayu akan turut terjejas dan kemungkinan juga martabat bangsa Melayu akan terus jatuh. Jika diimbau pada zaman kegemilangan Melaka kekuatan politik mereka terletak pada kebijaksanaan pemimpin pada waktu itu, sistem empat lipatan yang diamalkan oleh Melaka pada waktu itu menyebabkan mereka berjaya menguruskan pentadbiran dengan baik, pada masa yang sama juga kelicikan politik oleh bendahara Tun Perak berjaya menjadikan negeri Melaka terselamat dari pelbagai ancaman perang. Kebijaksanaan tersebut menjadikan bangsa Melayu pada waktu itu digeruni dan dihormati. Oleh yang demikian bangsa Melayu harus terus menguasai politik tanahair. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkasakan lagi politik tanahair.


Dari sudut sosial pula bangsa Melayu perlu bersatu dalam erti kata sentiasa bantu-membantu antara sama lain dalam pelbagai aspek. Sekiranya bangsa Melayu sendiri enggan membantu bangsa sendiri siapa lagi akan membantu. Kita lihat senario pada hari ini adalah sebaliknya, bangsa Melayu merempat di bumi sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah pendekatan yang teliti bagi memastikan setiap bangsa Melayu mendapat pembelaan yang secukupnya. Banyak perkara yang telah menyebabkan bangsa Melayu jatuh martabatnya antaranya ialah pengaruh pemikiran barat meresap masuk dalam minda orang melayu pada hari ini. Lihatlah kehidupan orang melayu pada hari ini, mereka meniru gaya kehidupan barat. Dari segi pakaian, sikap, tingkahlaku semuanya berpaksikan barat. Pengaruh media massa juga tidak kurang menyumbang pengaruh ini. Begitu juga industri filem pada hari ini banyak mengetengahkan cara barat, jarang sekali filem yang berkaitan dengan adat tatatusila bangsa Melayu. Selain itu juga, hiburan juga merupakan pengubah gaya hidup pemuda-pemudi bangsa Melayu, mereka terus hanyut dalam keseronokan gaya hidup yang bercanggah sekali dengan budaya orang Melayu. tidak ada lagi sopan santun anak muda hari ini. Jelas sekali mereka ini rosak akhlak dan terjerumus dalam lembah maksiat. Gaya kehidupan sosial hari ini perlu diubah sekiranya bangsa Melayu mahu memartabatkan bangsanya. Satu pendekatan yang perlu melibatkan semua pihak yang berkaitan, dengan perancangan yang teliti agar bangsa Melayu tidak terus hanyut ditelan budaya luar.


Bangsa Melayu mesti bangkit dan memajukan diri mereka agar apa sahaja rintangan yang melanda akan dihadapi dengan mudah dan tenang. Bangsa Melayu mesti mengambil iktibar sejarah lampau sebagaimana kejatuhan zaman kegemilangan Melayu Melaka, semoga daripada iktibar tersebut bangsa Melayu pada hari ini dapat mencari jalan bagaimana hendak memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kekuatan serumpun Melayu pada hari ini. Bangsa Melayu mesti bersatu dalam pelbagai aspek, agar dengan kekuatan persatuan ini bangsa Melayu tidak mudah diperkotak katikkan, dipersendakan, dipijak dan sebagainya. Bangsa Melayu mesti mempunyai visi dan misi yang jelas agar ketuanan melayu akan terus kekal di bumi sendiri bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Bangsa Melayu mesti terus memperjuangkan hak dan terus hidup di bumi ini, maka dengan ini barulah bangsa Melayu dapat dimartabatkan dan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Melayu takkan hilang di dunia!

1 comment: