Friday, March 26, 2010

Anugerah Olahragawati Harapan 2010


Siti Zulaikha bt. Rosman dipilih menjadi olahragawati harapan 2010 di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman. Hidup Bayan!!!

Bolot banyak pingat Emas


Temasya Olahraga SKDWMS baru-baru ini, Rumah Bayan membolot banyak pingat emas. ia menjadi kenangan manis kepada semua peserta rumah Bayan. Hidup Bayan!!!

Sunday, March 14, 2010

Kenangan


Cantik dak jersi kami nih? macam penyokong MU ja. dihadapan Hafizi dan belakang dari kiri Zahir, Fakhrudin dan Khairudeen. gambar ini diambil semasa perlawanan sedang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman.

Si kecil berbakat besar


Si kecil yang berbakat besar, itulah dia Mohd Hafizi b. Marzuki adik kepada kapten pasukan bolasepak sekolah. bersama-sama dengannya dari kiri ialah Syarifah Aida dan juga Afifah yang merupakan penonton setia bolasepak sekolah.

Kemenangan Menjadi Kenangan


kita juara! mungkin itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka. jelas wajah ceria ini amat berpuas hati dengan kemenangan yang diperolehi. Tahun 2010 merupakan tahun bertuah bagi pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd saman.

Bolasepak


Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman telah menjuarai pertandingan bolasepak peringkat PKG Simpang Empat, Daerah Kota Setar. Pasukan ini adalah dibawah bimbingan jurulatih cikgu Zamri dan dibantu oleh Ustaz Fakhruddin dan Ustaz Zahir. kemenangan ini akhirnya menamatkan penantian empat tahun yang lalu. pada pusingan awal SKDWMS berjaya menewaskan SK Alor Melintang dengan jaringan 4-1, pusingan kedua menewaskan SK Tebengau 4-0, seterusnya menewaskan SK Hj Wahab dengan jaringan besar iaitu 10-0. Pada separuh akhir menewaskan SK Mahawangsa dengan jaringan 3-1 dan perlawanan akhir bertemu dengan SK Kebun Pinang dengan jaringan 2-0