Friday, June 26, 2009

Kertas Kerja Kem Bestari Solat

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT SK DATO’ WAN MOHD SAMAN

1.0 PENDAHULUAN

Model Bestari Solat adalah aktiviti yang dijalankan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.


2.0 OBJEKTIF

2.1 Murid dapat berwudhuk dengan sempurna.
2.2 Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu.
2.3 Murid dapat melaksanakan semau perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
2.4 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah.


3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam Tahun 3.


4.0 TARIKH / HARI PELAKSANAAN

Tarikh : 09.08.2008
Hari : Sabtu


5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Lampiran 1


6.0 BIDANG TUGAS

Lampiran 2


7.0 AKTIVITI

Lampiran 3


8.0 KEWANGAN

8.1 Sumber
i. Peruntukan Kewangan seperti PCG / SUWA
ii. Sumbangan PIBG.
iii. Sumbangan swasta dan lain-lain.

8.2 Perbelanjaan
i. Penyediaan bahan ( kertas kerja, bahan edaran, fail dan lain-lain )
ii. Perbelanjaan runcit.
iii. Perbelanjaan makan dan minum
iv. Hadiah galakan.

8.3 Anggaran Perbelanjaan
Lampiran 4


9.0 FASILITATOR

9.1 Guru Pendidikan Islam
9.2 Guru j-QAF
9.3 Guru-guru lain yang berkebolehan
9.4 Ibu-bapa penjaga yang berkebolehan
9.5 Guru KAFA
9.6 Pihak lain yang berkelayakan dan berkebolehan yang dipersetujuai oleh Sekolah


10.0 SENARAI ALATAN YANG PERLU DIBAWA PESERTA
Lampiran 5


11.0 BORANG-BORANG REKOD PENCAPAIAN KEM BESTARI SOLAT
Lampiran 6


12.0 PENUTUP

Diharapkan agar pelaksanaan kem ini memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah.




















LAMPIRAN 1


JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung : Encik Mohd. Isa bin Hassan ( Guru Besar )

Penasihat : Encik Md. Noor bin Husain ( Penolong Kanan 1 )

Pengerusi : Encik Abdul Kadir bin Yahya

Setiausaha : Encik Fitri bin Osman

Bendahari : Puan Rusni binti Mohd @ Awang

Jawatankuasa

Urusetia : Encin Khairuddin bin Jarani

Pendaftaan & Penginapan : Encik Anuar bin Saad
Puan Yasrina binti Yaacob
Makanan dan Minuman : Puan Che Amah binti Zakaria

Keselamatan, Kebajikan : Encik Abdul Haris bin Mohd Zain
Dan Disiplin Encik Wan Mokhzan bin Wan Mohamad

Dokumentasi dan Penilaian : Encik Zahir bin Ibrahim

Riadah : Encik Mohd. Shukri bin Abd. Aziz

Kem Komandan : Encik Fitri bin Osman

Siaraya : Encik Baharudin bin Ambak

Teknik dan Peralatan : Encik Mohd. Rafidi bin Mohamed

Sijil dan Hadiah : Puan Zaroni binti Abdul Hamid @ Rozali

Jurufoto : Encik Mohd. Nadzir bin Shafie

Fasilitator : Encik Abdul Kadir bin Yahya
Encik Zahir bin Ibrahim
Encik Fitri bin Osman
Encik Khairuddin bin Jarani
Puan Zauyah binti Robariee
Puan Rokiah binti Shaari
Puan Faridah binti Ismail
Puan Hardinayati Maziani bt Mahamad
Puan Zaiton binti Karim
Puan Rusni binti Mohd @ Awang
Puan Yasrina binti Yaacob



LAMPIRAN 2

BIDANG TUGAS

1.0 PENGERUSI
1.1 Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
1.2 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksana.

2.0 SETIAUSAHA
2.1 Mengurus surat menyurat.
2.2 Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa Program.
2.3 Membentuk Jawatankuasa Kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
2.4 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa.
2.5 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program.

3.0 BENDAHARI
3.1 Menyedia anggaran perbelanjaan.
3.2 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.
3.3 Mengurus / menyelia perolehan dan perbelanjaan.
3.4 Menyediakan laporan kewangan.

4.0 URUSETIA
4.1 Menentukan perkataan “backdrop”.
4.2 Menentukan pengerusi majlis
4.3 Mengagihkan kumpulan peserta.
4.4 Menyediakan borang-borang.

5.0 PENDAFTARAN
5.1 Menyediakan keperluan pendaftaran.
5.2 Mengedarkan buku program.

6.0 MAKAN DAN MINUM
6.1 Membentuk jawatankuasa kecil
6.2 Menyedia menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu.
6.3 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum.
6.4 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.
6.5 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program.
6.6 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7.0 FASILITATOR DAN PENCERAMAH
7.1 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai.
7.2 Membimbing dan memudah cara peserta melaksanakan aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK).

8.0 KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN
8.1 Memberi taklimat kepada peserta sebelum memulakan aktiviti.
8.2 Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.
8.3 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan.




9.0 PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN
9.1 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video.
9.2 Menyediakan dan menerbitkan laporan penuh aktiviti.
9.3 Menyelaras agenda post-mortem program.

10.0 RIADAH
10.1 Menyediakan tenaga pembimbing riadah dan sukan.
10.2 Menyelaras aktiviti bersenam dan permainan.

11.0 KEM KOMANDEN
11.1 Menyelaras dan mengelolakan setiap arahan peserta
11.2 Memastikan program berjalan menepati masa dan jadual

12.0 SIARAYA DAN PUBLISITI
12.1 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot.
12.2 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti.

13.0 TEKNIK DAN PERALATAN
13.1 menyediakan dan menyusun tempat aktiviti.
13.2 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti.
13.3 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

14.0 BUKU PROGRAM
14.1 Membentuk jawatankuasa kecil
14.2 Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz.
14.3 Mendapat senarai nama jawatankuasa kerja.
14.4 Mendapatkan nama fasilitator dan penceramah.





























LAMPIRAN 3

AKTIVITI

KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 3 ( KALI KETIGA )

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN MOHD. SAMAN



7.45 PAGI - PELAJAR BERKUMPUL DI DEWAN

8.00 PAGI - BERTOLAK KE MASJID AL-BUKHARI

8.30 PAGI - TIBA DI LOKASI

9.00 PAGI - CERAMAH

10.00 PAGI - REHAT

10.30 PAGI - LDK 1 ( TEORI DAN AMALI WUDHUK )

12.45 TGH - MAKAN TENGAHARI

1.30 PTG - SOLAT ZOHOR

2.00 PTG - LDK 2 ( BACAAN DAN AMALI SOLAT )

4.00 PTG - LAWATAN DAN MINUM PETANG

4.50 PTG - SOLAT ASAR

- BERSIH KAWASAN

5.30 PTG - BERTOLAK BALIK














Lampiran 4



Anggaran Perbelanjaan Kem Bestari Solat



BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH

1.

MAKANAN



Urusetia dan fasilitator
RM 5.00 x 1 hari x 11 orang
RM 55.00

Peserta

RM 5.00 x 2 hari x 163 orang
RM 815.00

2.

ALATAN DAN BAHAN CETAK



Kertas kerja / bahan edaran / fail
RM 1.00 x 163 orang
RM 163.00

Kain backdrop

RM 50.00 x sehelai
RM 50.00

3.

Hadiah galakkan dan cenderahati


RM 5.00 x 20 orang

RM 400.00

4.

Perbelanjaan runcit


RM 150.00

RM 150.00



JUMLAH PERBELANJAAN


RM 1633.00



























LAMPIRAN 5



SENARAI ALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
KEM BESTARI SOLAT



1. PAKAIAN

- Uniform sekolah
- Pakaian harian yang bersesuaian
- seluar panjang (L)
- baju kurung
- Kasut


2. ALATAN SOLAT

- Pakaian yang sesuai
- Songkok (L)
- Telekong
- Sejadah


3. ALAT TULIS

- Buku catatan
- Pen / Pencil





*** Diharap waris dapat menandakan nama pada setiap barangan murid bagi mengelakkan kekeliruan.



















UJIAN LISAN PASCA KEM BESTARI SOLAT

1. Sila sebut lafaz niat solat fardhu seperti berikut :
i. Solat Subuh
ii. Solat Zuhor
iii. Solat Asar
iv. Solat Maghrib
v. Solat Isyak

2. Beri erti lafaz-lafaz solat di atas.
i. Solat Subuh
ii. Solat Zuhor
iii. Solat Asar
iv. Solat Maghrib
vi. Solat Isyak

3. Sila baca Doa Iftitah.

4. Sila baca surah Al-Fatihah,

5. Sila sebut bacaan ketika rukuk

6. Sila sebut bacaan ketika iktidal

7. Sila sebut bacaan ketika sujud.

8. Sila sebut bacaan ketika duduk antara dua sujud.

9. Sila sebut bacaan tahiyyat awal dan akhir.

BIL
NAMA
TAHUN
SKOR
1



2



3



4



5



6



7



8



9



10



11



12



13



14



15




REKOD CATATAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU


NAMA : _______________________________________

TAHUN : _____________________________

BULAN : _____________________________


H/B


SOLAT


PENGESAHAN

SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
IBU BAPA
1






2






3






4






5






6






7






8






9






10






11






12






13






14






15






16






17






18






19






20






21






22






23






24






25










REKOD PENCAPAIAN MURID
KEM BESTARI SOLAT sk dato’ wan mohd saman


NAMA : _______________________________________

TAHUN : _____________________

BULAN : _________________ TARIKH : ______________

TAJUK : WUDHUK

BIL
PERKARA
TAHAP
PENCAPAIAN


MENGUASAI
BELUM MENGUASAI
1
BACAAN BASMALAH (S)



2
MEMBASUH DUA TANGAN (S)


3
BERKUMUR (S)



4
MEMASUKKAN AIR KE HIDUNG (S)


5
NIAT WUDHUK (R)



6
MEMBASUH MUKA (R)



7
BASUH 2 TANGAN HINGGA KE SIKU (R)


8
MENYAPU AIR KE KEPALA (R)


9
MENYAPU KEDUA-DUA BELAH TELINGA (S)


10
MEMBASUH KEDUA-DUA BELAH KAKI HINGGA KE BUKU LALI (R)


11
BACAAN DOA LEPAS WUDHUK (S)







Disahkan oleh,



…………………………………….
( ENCIK MOHD.ISA BIN HASSAN )
Guru Besar

ANALISIS REKOD PENCAPAIAN MURID AMALI WUDHUK
KEM BESTARI SOLAT


NAMA SEKOLAH : SK DATO’ WAN MOHD SAMAN

BULAN : ______________________

BILANGAN MURID : ______________________

BIL
PERKARA
TAHAP
PENCAPAIAN


MENGUASAI
BELUM MENGUASAI
1
BACAAN BASMALAH (S)



2
MEMBASUH DUA TANGAN (S)


3
BERKUMUR (S)



4
MEMASUKKAN AIR KE HIDUNG (S)


5
NIAT WUDHUK (R)



6
MEMBASUH MUKA (R)



7
BASUH 2 TANGAN HINGGA KE SIKU (R)


8
MENYAPU AIR KE KEPALA (R)


9
MENYAPU KEDUA-DUA BELAH TELINGA (S)


10
MEMBASUH KEDUA-DUA BELAH KAKI HINGGA KE BUKU LALI (R)


11
BACAAN DOA LEPAS WUDHUK (S)







Disahkan oleh,



…………………………………….
( ENCIK MOHD. ISA BIN OSMAN )
Guru Besar



REKOD PENCAPAIAN MURID
KEM BESTARI SOLAT sk dato’ wan mohd saman


NAMA : _______________________________________

TAHUN : _____________________

BULAN : _________________ TARIKH : ______________

TAJUK ; SOLAT

BIL
PERKARA
TAHAP
PENCAPAIAN


MENGUASAI
BELUM MENGUASAI
1
NIAT SOLAT SUBUH


2
NIAT SOLAT ZUHUR


3
NIAT SOLAT ASAR


4
NIAT SOLAT MAGHRIB


5
NIAT SOLAT ISYAK


6
TAKBIRATUL IHRAM (R)


7
MEMBACA DOA IFTITAH (R)


8
AL-FATIHAH (R)


9
DUA SURAH (S)


10
BACAAN RUKUK (S)


11
BACAAN IKTIDAL (S)


12
BACAAN SUJUD (S)


13
BACAAN ANTARA
2 SUJUD (S)


14
BACAAN TAHIYYAT AWAL (S)


15
BACAAN TAHIYYAT AKHIR (R)


16
SALAM (R)


17
SALAM 2 (R)


18
BACAAN DOA QUNUT(S)


19
PERGERAKAN






Disahkan oleh,



…………………………………….
( ENCIK MOHD.ISA BIN HASSAN )
Guru Besar




ANALISIS REKOD PENCAPAIAN MURID AMALI SOLAT
KEM BESTARI SOLAT


NAMA SEKOLAH : SK DATO’ WAN MOHD SAMAN

BULAN : ______________________

BILANGAN MURID : ______________________


BIL
PERKARA
TAHAP
PENCAPAIAN


MENGUASAI
BELUM MENGUASAI
1
NIAT SOLAT SUBUH


2
NIAT SOLAT ZUHUR


3
NIAT SOLAT ASAR


4
NIAT SOLAT MAGHRIB


5
NIAT SOLAT ISYAK


6
TAKBIRATUL IHRAM (R)


7
MEMBACA DOA IFTITAH (R)


8
AL-FATIHAH (R)


9
DUA SURAH (S)


10
BACAAN RUKUK (S)


11
BACAAN IKTIDAL (S)


12
BACAAN SUJUD (S)


13
BACAAN ANTARA
2 SUJUD (S)


14
BACAAN TAHIYYAT AWAL (S)


15
BACAAN TAHIYYAT AKHIR (R)


16
SALAM (R)


17
SALAM 2 (R)


18
BACAAN DOA QUNUT(S)


19
PERGERAKAN






Disahkan oleh,



…………………………………….
( ENCIK MOHD. ISA BIN HASSAN )
Guru Besar





ANALISIS CATATAN PELAKSANAAN
PROGRAM BESTARI SOLAT sk dato’ wan mohd saman

BULAN : ________________ BILANGAN MURID : ____________

TARIKH


SOLAT


CATATAN

SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK

1






2






3






4






5






6






7






8






9






10






11






12






13






14






15






16






17






18






19






20






21






22






23






24






25






26






27






28






29






30








Disediakan oleh,

……………………………………………
( )
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SENARAI ALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
KEM BESTARI SOLAT

1. PAKAIAN

- Uniform sekolah
- Pakaian harian yang bersesuaian
- seluar panjang (L)
- baju kurung
- Kasut

2. ALATAN SOLAT

- Pakaian yang sesuai
- Songkok (L)
- Telekong
- Sejadah

3. ALAT TULIS

- Buku catatan
- Pen / Pencil

*** Diharap waris dapat menandakan nama pada setiap barangan murid bagi mengelakkan kekeliruan.




SENARAI ALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
KEM BESTARI SOLAT

1. PAKAIAN

- Uniform sekolah
- Pakaian harian yang bersesuaian
- seluar panjang (L)
- baju kurung
- Kasut

2. ALATAN SOLAT

- Pakaian yang sesuai
- Songkok (L)
- Telekong
- Sejadah

3. ALAT TULIS

- Buku catatan
- Pen / Pencil

*** Diharap waris dapat menandakan nama pada setiap barangan murid bagi mengelakkan kekeliruan.

Strategi P&P Pendidikan Islam

Pendahuluan

Pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia memerlukan pendidikan untuk hidup dengan sempurna, harmoni dan sejahtera. Pendidikan formal yang bermula di sekolah sebagai langkah pertama untuk membina intelektual manusia di mana ianya memerlukan satu kaedah dan strategi yang mantap. Justeru dalam pendidikan sekolah hari ini pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam usaha melahirkan murid yang mampu membaca, mengira dan menulis. Oleh yang demikian kaedah atau teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai sesuatu yang boleh menarik minat murid untuk belajar, maka dengan ini murid akan berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Disamping itu juga dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan teknik yang akan dijelaskan oleh pelatih adalah amat berkait rapat dengan subjek yang diajar oleh pelatih sendiri.
















Strategi Pengajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi pula bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan dan perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam sesuatu pendekatan dengan berkesan (Mok Soon Sang 2006: 313).

Terdapat beberapa strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:
1- strategi pemusatan guru
2- strategi pemusatan murid
3- strategi pemusatan bahan
4- strategi berasaskan tugasan


Strategi Pengajaran Pendidikan Islam

Strategi pengajaran dalam pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:

Pendekatan
J cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan
J harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
J kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan
J mendokong sesuatu teori



Kaedah
J siri tindakan guru yang sistematik
J lebih bercorak jangka pendek
J merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih
J mendokong pendekatan yang dipilih

Teknik
J merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan
J pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah
J digunakan dalam langkah pengajaran
J perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih

Strategi
[ kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran
[ lebih mengambil kira objektif jangka panjang
[ mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya









Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam
1- Besepadu
2- Induktif
3- Deduktif
4- Qudwah hasanah
5- Kelas, kumpulan dan individu
6- Berpusatkan guru
7- Berpusatkan pelajar

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

a. Pemahaman
b. Ulangan
c. Lawatan
d. Latih tubi
e. Dialog
f. Talaqqi/Musyafahah
g. Inkuiri
h. Bacaan
i. Hafazan
j. Cerita
k. Halaqah
l. Soal jawab
m. Perbincangan
n. Sumbangsaran
o. Penyelesaian masalah
p. Main peranan
q. Simulasi
r. Tunjukcara
s. Projek

Prinsip dalam Strategi Pengajaran Pendidikan Islam

a. Dari mudah kepada susah- mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.
b. Dari maujud kepada mujarad- menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.
c. Dari perkara yang maklum kepada perkara yang majhul- memanipulasi pengetahuan yang sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru.
d. Dari dekat kepada jauh- memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi.
e. Dari spesifik kepada umum- memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

















Dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran, pelatih memilih kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Latih Tubi, Halaqah, Ulangan, Soaljawab dan Hafazan. Kaedah ini berkesan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelatih memilih subjek Pendidikan al-Quran sebagai subjek untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah disebutkan tadi.

Talaqqi dan Mushafahah- kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah al-Quran dimana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan.

Latih Tubi- pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai.

Halaqah- murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan.

Ulangan- pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang

Soaljawab- guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan jawapan yang sewajarnya.

Hafazan- melibatkan proses mengingat secara langsung.











KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN

Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan pemusatan kelas, kumpulan dan individu. Ia bertujuan untuk melibatkan kesemua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengenali murid-murid dengan lebih dekat.

Menerusi kaedah Talaqqi dan Mushafahah, iaitu kaedah dimana murid berhadapan dengan guru untuk membaca al-Quran, sekiranya terdapat kesilapan pembacaan guru akan memperbetulkannya. Kaedah ini amat berkesan kerana pelatih dapat mengenalpasti kesilapan bacaan murid dan seterusnya dapat memperbetulkannya secara langsung, malah ia juga dapat mengenalpasti tahap penguasaan pembacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan dengan cara menyuruh murid membaca al-Quran kemudiannya guru membetulkannya dan diikuti semula oleh murid tersebut dengan bacaan guru. Ini dapat membantu pelatih mencari jalan yang terbaik bagi meningkatkan lagi tahap pembacaan murid tersebut.

Kaedah latih tubi pula merupakan satu kaedah yang kerap digunakan oleh pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Latih tubi merupakan satu kaedah pengulangan fakta yang telah dibaca, ini adalah bertujuan supaya murid dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Kaedah latih tubi ini digunakan oleh pelatih di dalam kelas secara kelas, kumpulan dan individu. Sebagai contoh, pelatih menyuruh semua pelajar membaca surah fatihah mengikut bacaan pelatih, kemudian murid disuruh membaca secara kelas, kumpulan dan individu. Pemerhatian yang telah dibuat menunjukan bahawa kaedah latih tubi ini meningkatkan kefasihah menyebut, mengenal dan juga dapat membantu murid mengingat huruf-huruf yang telah dibaca.

Halaqah merupakan satu kaedah di mana murid mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa bulatan. Kaedah ini pelatih mengunakan pendekatan pemusatan guru dan pemusatan murid. Kaedah ini membahagi beberapa kumpulan murid dengan jumlah minimum kira-kira sepuluh orang murid dalam satu kumpulan, dalam kumpulan ini guru boleh bertindak sebagai fasilitator di samping murid bebas mengemukakan pandangan masing-masing. Dalam situasi sedemikian guru dan murid dapat berinteraksi secara langsung. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih semasa pembahagian kumpulan untuk rekod bacaan al-Quran. Kaedah ini dilakukan oleh pelatih untuk mempercepatkan proses bacaan al-Quran.

Kaedah ulangan merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh guru. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam pembacaan buku Iqra’. Ianya dilakukan dengan mengulangi semula apa yang dibaca oleh murid, ianya bertujuan untuk proses mengingat dan proses kelancaran bacaan. Menerusi kaedah ini juga murid dapat mengingati sesuatu fakta dengan cepat dan berkesan. Dalam pembacaan al-Quran, pelatih menggunakan kaedah ini sebagai proses pembacaan semula, kerana ada sesetengah murid tidak dapat membaca tetapi mengunakan kaedah menghafaz. Jadi secara tidak langsung kaedah ulangan ini memberi faedah kepada murid-murid yang mempunyai masalah tidak dapat membaca dan mengenal huruf.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah soaljawab perlu digunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Kaedah ini ialah guru mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan yang sewajarnya. Kaedah ini digunakan oleh pelatih dalam matapelajaran al-Quran. Dalam hal ini pelatih akan memperdengarkan bacaan al-Quran dan kemudiannya menyoal murid tentang apakah surah di baca sebentar tadi. Murid yang memahami akan mengetahui apakah surah yang dibacakan. Kaedah ini perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan pengukuran bagi mengetahui samaada murid-murid memahami atau tidak pengajaran yang disampaikan. Menerusi kaedah ini juga interaksi dua hala dapat diwujudkan, malah lebih daripada itu ianya dapat mengikis sikap malu untuk bertanya.

Kaedah yang terakhir digunakan oleh pelatih ialah kaedah hafazan. Kaedah ini merupakan satu kaedah atau proses mengingat secara langsung. Ini bermakna murid akan menggunakan kaedah ini untuk mengingati fakta-fakta khusus dalam pelajaran mereka. Kaedah ini diperaktikan oleh pelatih dalam proses menghafaz al-Quran. Pelatih akan memastikan murid terlebih dahulu dapat membaca al-Quran dan kemudiannya pelatih menyuruh murid-murid meghafaz al-Quran. Kaedah ini bertujuan supaya sentiasa mengamalkan surah yang dihafaz. Disamping itu juga membantu murid-murid melatih daya ingatan masing-masing.















Penutup

Keseluruhan daripada huraian yang telah digarapkan oleh pelatih dalam mengaplikasikan kaedah, pendekatan, strategi dan teknik dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada guru yang mengajar. Perlu ditegaskan bahawa semua teknik yang dijelaskan dan diamalkan oleh pelatih adalah bersesuaian dengan subjek yang diajar. Teknik dan kaedah ini juga merupakan kaedah yang sememangnya diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi, perbezaannya hanyalah menerusi pendekatan dan teknik yang bersesuaian dengan peredaran zaman. Kaedah, strategi dan teknik yang telah dijelaskan sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dimana hasilnya amat memuaskan dan juga meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga banyak kaedah yang lain yang boleh diaplikasikan oleh pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran, ianya bergantung keadaan dan situasi murid tersebut. Kaedah dan teknik yang telah dijelaskan tadi sebenarnya telah disokong dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik hasil daripada idea pelatih sendiri dimana dimana ianya digunakan dengan menyerapkan atau digabungkan bersama dengan teknik dan kaedah yang telah disebutkan tadi. Namun apa yang penting adalah pelaksanaan dan hasilnya yang boleh memberi kemajuan kepada murid-murid dalam usaha menghasilkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelajaran.

Perbezaan Personaliti

Konsep asas Personaliti

Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Dalam konteks psikologi pendidikan ia ditafsirkan dengan pelbagai definisi. Antaranya ialah:-

Menurut Gordon Allport (1961) menghuraikan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran. Alder (1984) pula menyatakan personaliti sebagai gaya hidup seseorang individu. Gagne dan Berliner (1984) berpendapat personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi trait-trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Klasifikasi Personaliti

Personaliti boleh di klasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu: introvert, extrovert dan ambivert. Bagaimanapun, personaliti seseorang individu dipersepsikan dalam satu kontinum di antara dua kategori yang ekstrim iaitu introvert dan ektrovert.

Seseorang yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata. Di dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan mendengar pertuturan orang lain sahaja. Umumnya, orang introvert ini mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, tidak mempunyai cita-cita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada sistem kehidupan yang teratur.

Sebaliknya, seseorang yang dikatakan ekstrovert lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.
Bagaimanapun, tiada seorang manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau ekstovert sepenuhnya. Sebenarnya, setiap orang individu mempunyai ciri-ciri introvert serta ekstrovert yang terletak pada satu titik dalam kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.

Kadangkala seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi tetapi dengan ciri-ciri ekstrovert dalam sesuatu situasi yang lain. Misalnya, seseorang individu menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah, tetapi menjadi pemalu dan pendiam apabila berada di sekolah. Orang yang mempunyai kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert adalah dikatakan orang yang mempunyai personaliti ambivert. Orang ini biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat.

Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti

Menurut ahli psikologi, proses pembentukan personaliti perkembangan individu samaada introvert, ekstrovert dan ambivert adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama:-
1) faktor baka
2) faktor persekitaran

Menurut ahli psikologi, faktor baka ibu-bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Individu yang mempunyai bentuk tubuh badan yang cacat seperti cacat pendengaran dan cacat penglihatan yang diwarisi daripada ibu-bapanya mungkin mempunyai ciri-ciri personaliti introvert, ini kerana individu mempunyai tubuh badan yang cacat hasil daripada baka keturunannya malu untuk menampilkan diri di khalayak ramai. Mereka ini biasanya akan mengasingkan diri atau tidak menonjolkan diri kepada orang ramai. Keadaan mereka dapat dikenalpasti menerusi sikap mereka yang pendiam dan pemalu. Mereka tidak aktif dan lambat bertindak balas terhadap sesuatu perkara.

Selain itu, sebagaimana yang diketahui umum bahawa kecerdasan juga berkait rapat dengan baka ibu-bapa. Oleh yang demikian kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu. Pada umumya dalam masyarakat kita hari ini, mereka yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi akan menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian atau mungkin bersifat angkuh. Malah, lebih daripada itu, emosi yang diwarisi dari baka boleh mempengaruhi personaliti manusia. Seseorang yang mempunyai emosi yang tidak seronok akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu. Ianya merangkumi persekitaran yang meliputi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. Individu yang mempunyai latarbelakang keluarga yang bahagia dan harmonis akan menggalakkan pembentukan personaliti yang positif dan stabil. Sebaliknya suasana latar belakang keluarga yang kucar-kacir akan menyebabkan pembentukan dan perkembangan ciri-ciri personaliti yang bersifat negatif.

Peranan sekolah juga mempengaruhi personaliti individu. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan. Nilai-nilai dan kebudayaan masyarakat juga boleh mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Pengaruhnya amat bergantung kepada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh individu tersebut. Menurut Freud, pengalaman yang pahit dan sedih boleh menggalakkan pembentukan personaliti yang menonjolkan sifat menarik diri, pemalu, penakut atau sakit jiwa.





Nurin Jazlina

Seorang yang berwatakan periang dan cerdas, sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelajarannya. Sentiasa bertanya guru tentang sesuatu yang tidak faham. Pada kebiasaanya Nurin Jazlina datang awal ke sekolah bersama-sama dengan sepupunya, iaitu Syakir Karomi. Dia sentiasa mempamerkan senyuman apabila berjumpa guru.

Shahirah Mahdzir

seorang yang berwatakan introvert, pendiam dan pemalu, sentiasa mengelakkan diri daripada guru. Tidak pernah bertanya guru, selalu menyendiri, sentiasa di tempat duduknya, tidak suka bergaul dengan ramai kawan. Datang kesekolah dengan ditemani oleh ibunya. Mudah menangis apabila dimarahi, menunjukkan sikap yang tidak suka kesekolah.
















Ketika Perhimpunan

Nurin Jazlina
Ketika waktu perhimpunan Nurin Jazlina sentiasa cepat ke dewan perhimpunan bersama-sama dengan kawan-kawannya. Dia sentiasa mematuhi peraturan seperti berbaris sebelum keluar kelas untuk ke dewan perhimpunan. Sewaktu perhimpunan Nurin Jazlina kusyuk mendengar ucapan dan sentiasa memberi perhatian terhadap sebarang maklumat yang diberitahu semasa perhimpunan. Dia akan menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah dengan penuh bersemangat. Respon Nurin terhadap sebarang maklumat yang dia tidak faham, dia akan bertanya guru di dalam kelas.

Shahirah Mahdzir
Pada kebiasaanya Shahirah juga memberikan respon yang baik ketika disuruh berbaris untuk ke dewan perhimpunan, tetapi selalunya dia ditemani oleh ibunya pergi ke dewan perhimpunan. Shahirah sentiasa berada di barisan tengah atau yang paling belakang ketika berbaris. Sewaktu ucapan dia selalunya berada di barisan tengah atau belakang sekali. semasa Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah di nyanyikan dia kelihatan tidak membuka mulut untuk menyanyi. Responnya terhadap maklumat yang disampaikan sewaktu perhimpunan agak lambat, sekiranya dia tidak tidak faham, dia tidak akan bertanya. Dia perlu diberitahu berulang kali sebarang maklumat yang penting untuk disampaikan.










Situasi Di Kantin

Nurin Jazlina
Sewaktu rehat Nurin Jazlina akan makan bersama-sama kawannya di kantin. Kebiasaannya dia akan makan di suatu tempat yang tidak tetap. Kadang-kadang dia akan makan di bawah pokok atau bangku di kawasan kantin. Semasa makan dia akan bersembang dengan kawan-kawannya yang lebih senior darinya. Selepas makan selalunya dia akan menghabiskan masa rehatnya dengan bermain sehingga rehat tamat. Kalau dia tidak bermain, dia akan ke koperasi dengan kawannya untuk membeli sesuatu barang alat tulis.

Shahirah Mahdzir
Pada waktu rehat kebiasaanya Shahirah akan lambat keluar rehat, dia akan menunggu sekejap sehingga tidak ramai orang yang berebut untuk membeli makanan. Kemudian barulah dia akan beratur dengan tertib untuk membeli makanan. Dia akan memilih tempat yang tetap untuk makan. Dia akan makan dengan kawan-kawannya, tetapi langsung tidak bersuara dan mendengar sahaja perbualan kawan-kawannya. Selepas makan shahirah akan terus masuk kelas, dia akan menunggu dalam kelas sehingga tamat waktu rehat.


Situasi Dalam Kelas

Nurin Jazlina
Semasa dalam kelas dia sentiasa menunjukkan rasa gembira untuk belajar, pada kebiasaannya dia selalu menyelesaikan kerja yang diberikan dengan baik tanpa banyak soal. Dia akan bertanya guru sekiranya ada sesuatu yang dia tidak faham. Apabila guru mengajar dia akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran yang disampaikan. Dia selalu akan berbincang dengan kawannya tentang pelajaran yang dipelajari. Walaupun Nurin Jazlina jenis yang extrovert di sekolah, tetapi dia tidak bising dalam kelasnya. Dia sentiasa di tempat duduknya dalam kelas.

Shahira Mahdzir
Di dalam kelas Shahira merupakan antara orang yang paling diam dalam kelas, riak mukanya nampak murung, seolah-olah dia datang kesekolah kerana terpaksa. Dia juga seperti tidak gembira datang ke sekolah. Semasa guru mengajar, dia memberi tumpuan yang tidak sepenuhnya. Seolah-olah dia memikirkan perkara yang lain. Apabila sesuatu kerja yang diberikan, dia akan menjawab tanpa banyak soal. Kebiasaannya terdapat banyak kesalahan dalam kerja yang diberikan. Ini kerana dia takut untuk bertanya kepada guru. Personalitinya yang berbentuk introvert menyebabkan ramai yang menjauhkan diri daripadanya.


Situasi semasa Pendidikan Jasmani

Nurin Jazlina
Sewaktu Pendidikan Jasmani. Dia sentiasa cergas dan aktif, segala aktiviti yang dijalankan akan di ikuti olehnya. Kebiasaannya dia akan bermain dengan kawan-kawannya. Antara permainan yang paling digemarinya ialah permainan Gelung.

Shahirah Mahdzir
Semasa Pendidikan Jasmani, Shahirah selalunya akan mengikuti sahaja arahan guru. Tetapi dia tidak cergas seperti Nurin. Berdasarkan pemerhatian dia akan berhenti bermain apabila aktiviti bebas dijalankan. Dia akan memerhati sahaja kawan-kawannya bermain


Situasi Semasa ketiadaan guru dalam kelas

Nurin Jazlina
Semasa guru tiada dalam kelas, dia akan ambil peluang bersembang dengan kawan-kawannya, ataupun dia akan menolong kawannya habiskan kerja. Dia seorang yang peramah dan senang bergaul dengan semua kawan-kawannya.

Shahirah Mahdzir
Hanya duduk diam di tempat duduknya, matanya liar memerhati kawan-kawannya.
Dia akan melakukan kerjanya sendiri, seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Dia akan bercakap apabila ada orang bertanya.