Monday, February 6, 2012

Pulau Bunting




Pulau Bunting terletak lebih kurang 45 kilometer dari bandar Alor Setar. 2 kilometer dari pekan Sungai Limau.. jambatan dibina bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke Pulau Tersebut. pada asalnya jambatan dibina adalah untuk tujuan komersial.. tp oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. projek tersebut tidak dapat dijalankan, kini projek tersebut bolehlah dikenali sebagai projek gajah putih.. sememangnya Pulau Bunting mempunyai pemandangan yang indah.. terutamanya apabila melihat matahari terbenam..penulis sempat meluangkan masa untuk menjelajah Pulau tersebut mendapati keunikan pulau tersebut ialah ia seakan-akan berbentuk perempuan berbadan dua yang sedang berbaring apabila dilihat dari jauh..mungkin disebabkan bentuk inilah pulau tersebut mendapat nama...ramai pengunjung yang datang untuk memancing ikan di atas jambatan..tidak kurang juga bersantai bersama keluarga disekitar pulau tersebut..malah terdapat juga mereka yang mengambil peluang untuk berjoging di atas jambatan tersebut..

No comments:

Post a Comment