Tuesday, January 31, 2012

Di Suatu Pengajian




Terkenang sebuah memori lalu....
kisah persahabatan kita bersama...
di dalam satu pengajian...
menuntut ilmu dan pengalaman...
mengingatkanku... pengorbananmu..
terpahat padu.. dikalbuku...

Sunday, January 29, 2012

Titi Hayun dan Tangga Kenari

sesiapa yang ingin menjauhkan diri dari kesibukan bandar boleh datang kesini untuk menikmati alam persekitaran yang amat indah.. pemandanganya boleh menenangkan sesiapa sahaja yang datang kesini... air yang jernih, udara yang nyaman dan sejuk membuatkan kita alpa seketika dunia yang sibuk... jangan melepaskan peluang anda untuk datang ke titi hayun dan tangga kenari yang hanya 43 kilometer dari bandar Alor Setar...

Tuesday, January 24, 2012

XPDC Gunung Jerai




Gunung Jerai adalah antara tempat reakreasi yang terkenal di Kedah.. hari ini 24.1.2012 saya bersama 3 orang rakan mendaki gunung Jerai yang jauhnya 12 kilometer perjalanan dari kaki gunung Jerai..iaitu 1200 meter dari aras laut..perjalanan pergi dan balik ialah 24 kilometer.. memang memenatkan... kami bertolak dari kaki gunung Jerai tepat pada pukul 9 pagi dan sampai di puncak pada pukul 12 tghhari.. dengan berjalan kaki...hui..penatnya....3 jam baru sampai puncak..dan sampai di kaki gunung pada pukul 5.10 petang..tp berbaloi..pemandangan yang indah ciptaan Tuhan pasti menjanjikan suasana yang tidak dapat dilupakan..saya dedikasikan gambar ini untuk rakan saya dari PAHANG...:)

Wednesday, January 18, 2012

Atas bot..


ronda-ronda dengan bot..... pusing-pusing Pulau Pangkor.. hui..bestnya

Thursday, December 22, 2011

Cameron Highlands



bentuk muka bumi yang berbukit bukau di Cameron memberikan satu pemandangan yang indah kepada sesiapa sahaja yang melihatnya... hebatnya ciptaan Allah. penulis bergambar di hadapan ladang Teh..

Wednesday, December 21, 2011

Gerhana Bulan


Alangkah indahnya ciptaan Tuhan, bagaimana Allah menjadikan gerhana dari awal hingga akhir..

Tuesday, December 20, 2011

Pantai Merdeka

Pemandangan di Pantai Merdeka amat menarik untuk dikunjungi kerana ianya memberi inspirasi atau ilham kepada mereka mengunjung pantai tersebut.. dengan tambang RM 2.00 anda boleh membeli belah di Tanjung Dawai dengan menaiki bot.. banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Merdeka ini. antaranya ialah aktiviti perkhemahan, sukaneka, berenang, joging dan sebagainya.. sekiranya anda berminat untuk memancing, sini adalah tempat yang sesuai..