Sunday, March 14, 2010

Si kecil berbakat besar


Si kecil yang berbakat besar, itulah dia Mohd Hafizi b. Marzuki adik kepada kapten pasukan bolasepak sekolah. bersama-sama dengannya dari kiri ialah Syarifah Aida dan juga Afifah yang merupakan penonton setia bolasepak sekolah.

Kemenangan Menjadi Kenangan


kita juara! mungkin itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka. jelas wajah ceria ini amat berpuas hati dengan kemenangan yang diperolehi. Tahun 2010 merupakan tahun bertuah bagi pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd saman.

Bolasepak


Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman telah menjuarai pertandingan bolasepak peringkat PKG Simpang Empat, Daerah Kota Setar. Pasukan ini adalah dibawah bimbingan jurulatih cikgu Zamri dan dibantu oleh Ustaz Fakhruddin dan Ustaz Zahir. kemenangan ini akhirnya menamatkan penantian empat tahun yang lalu. pada pusingan awal SKDWMS berjaya menewaskan SK Alor Melintang dengan jaringan 4-1, pusingan kedua menewaskan SK Tebengau 4-0, seterusnya menewaskan SK Hj Wahab dengan jaringan besar iaitu 10-0. Pada separuh akhir menewaskan SK Mahawangsa dengan jaringan 3-1 dan perlawanan akhir bertemu dengan SK Kebun Pinang dengan jaringan 2-0

Friday, January 1, 2010

Sinar Islam 2010

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Selamat Tahun Baru 2010. semoga tahun ini akan menjadi tahun yang paling baik untuk kita semua. tekad dan azam yang baru akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berusaha untuk memperbaiki dan memajukan diri kita, hatta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Pada tahun yang lepas kita telah disogokkan dengan pelbagai peristiwa yang baik dan juga tidak baik. banyak perkara yang berlaku di luar dugaan kita, seperti mana yang kita ketahui bahawa banyak kes-kes jenayah yang amat menyedihkan kita. Kemalangan, ragut, rogol, bunuh dan lain-lain lagi sentiasa menjadi tajuk utama di dada akhbar. kita sebagai muslim dan juga rakyat Malaysia apakah tanggungjawab kita apabila jenayah tersebut berlaku depan mata kita. apakah kita membiarkan sahaja perkara itu berlaku? kita sebagai khalifah di muka bumi ini bertanggungjawab sepenuhnya apa yang berlaku. kita perlu menyuruh kepada maaruf dan mencegah kemungkaran, bukankah ini saranan Allah dan juga Nabi kita? manusia yang berhati perut tidak akan membiarkan perkara sedemikian rupa berlaku. tambahan pula kita sebagai umat Islam sememangnya wajib mencegah perkara yang tidak baik, ia merupakan salah satu daripada jihad. semoga tahun 2010 ini menyedarkan kita semua betapa parahnya jenayah yang berlaku. semua pihak perlu berganding bahu dalam memikul perkara ini. Namun apa yang pasti sekiranya hukum Islam ditegakkan di bumi yang bernama Malaysia ini, InsyaAllah pasti perlakuan jenayah akan dapat dihapuskan. keadilan akan bersinar dimana kemakmuran dan keamanan akan dapat dikecapi. harapan semoga tahun 2010 ini akan tertegaknya keadilan Islam di Malaysia yang bertuah ini.

Sunday, October 11, 2009

Muhasabah Diri

Assalamualaikum, semoga kedatangan bulan Syawal tahun ini memberikan impak yang baik kepada semua umat Islam khususnya di Malaysia ini. pelbagai pelbagai perkara yang telah berlaku menuntut kita sentiasa berwaspada dengan apa yang telah berlaku. kadang-kadang sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan kita semua. Ini semua adalah ketentuan Allah semata-mata. Kita perlu sentiasa menginsafi diri kita, siapa kita sebenarnya? apa yang kita telah lakukan hari ini? adakah perlakuan kita betul atau sebaliknya? adakah kita berdosa? semua ini sering bermain di fikiran benak kita. sempena di bulan Syawal ini marilah kita sama-sama menyuci diri kita dengan banyak beribadah kepada Allah s.w.t. kita masih sempat untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal. mudah-mudahan Allah menerima ibadah kita, wallahualam....

Monday, September 28, 2009

Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua amal ibadah kita diterima Allah di sepanjang bulan Ramadhan. Kini tiba Syawal menjelma yang memberikan sinar yang baru kepada kita umpama bayi yang baru lahir dengan erti kata kita suci dari sebarang dosa dan lahir dengan fitrah yang suci. Tetapi ianya tidak memadai melakukan ibadat yang banyak dalam bulan puasa sahaja, kita boleh lanjutkan amalan kita sepanjang tahun terutamanya dalam bulan syawal ini, kita boleh meneruskan mengumpul koleksi pahala dengan berpuasa enam. Sesungguhnya puasa enam hari dalam bulan Syawal ia diertikan atau diumpamakan berpuasa sepanjang tahun. Ia boleh dilakukan berturut-turut atau berselang seli dalam bulan Syawal. selain itu juga kita boleh menjadikan atau menggabungkan puasa sunat, contohnya dalam bulan Syawal ini kita berpuasa enam hari, pada masa yang sama kita berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan juga menggantikan puasa yang tertinggal, ini bermakna kita dapat pahala puasa enam, puasa sunat hari Isnin dan Khamis dan juga puasa ganti, kita dapat "three in one", cadangan saya sahaja. Mudah-mudahan kita istiqomah dengan ibadah kita.

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al-Mubarak, kepada semua rakan. Allah telah menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan, oleh itu marilah sama-sama kita menghayati bulan ini dengan penuh keimanan kepada Allah. dalam bulan ini juga Allah telah merantai syaitan, dengan erti kata dibuka pintu syurga dengan seluasnya. mereka yang mengambil peluang ini insyaAllah, syurga akan menjadi miliknya. rugilah kepada sesiapa yang mensia-siakan peluang ini. selain itu juga Allah menawarkan pengampunan kepada sesiapa bersungguh-sungguh memohon ampun kepadaNya.