
kita juara! mungkin itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka. jelas wajah ceria ini amat berpuas hati dengan kemenangan yang diperolehi. Tahun 2010 merupakan tahun bertuah bagi pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd saman.

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al-Mubarak, kepada semua rakan. Allah telah menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan, oleh itu marilah sama-sama kita menghayati bulan ini dengan penuh keimanan kepada Allah. dalam bulan ini juga Allah telah merantai syaitan, dengan erti kata dibuka pintu syurga dengan seluasnya. mereka yang mengambil peluang ini insyaAllah, syurga akan menjadi miliknya. rugilah kepada sesiapa yang mensia-siakan peluang ini. selain itu juga Allah menawarkan pengampunan kepada sesiapa bersungguh-sungguh memohon ampun kepadaNya.
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, hari ini saya ingin memaparkan kepada para pembaca tentang pemergian sahabat baik saya yang bernama sabri. beliau telah meninggal dunia disebabkan lemas semasa mandi di Batang ai, serawak. kepada semua sahabat sudilah kiranya kita sedekahkan al-fatihah buat beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh. amin, gambar beliau dua dari kanan.