Monday, February 6, 2012

Pulau Bunting




Pulau Bunting terletak lebih kurang 45 kilometer dari bandar Alor Setar. 2 kilometer dari pekan Sungai Limau.. jambatan dibina bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke Pulau Tersebut. pada asalnya jambatan dibina adalah untuk tujuan komersial.. tp oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. projek tersebut tidak dapat dijalankan, kini projek tersebut bolehlah dikenali sebagai projek gajah putih.. sememangnya Pulau Bunting mempunyai pemandangan yang indah.. terutamanya apabila melihat matahari terbenam..penulis sempat meluangkan masa untuk menjelajah Pulau tersebut mendapati keunikan pulau tersebut ialah ia seakan-akan berbentuk perempuan berbadan dua yang sedang berbaring apabila dilihat dari jauh..mungkin disebabkan bentuk inilah pulau tersebut mendapat nama...ramai pengunjung yang datang untuk memancing ikan di atas jambatan..tidak kurang juga bersantai bersama keluarga disekitar pulau tersebut..malah terdapat juga mereka yang mengambil peluang untuk berjoging di atas jambatan tersebut..

Tuesday, January 31, 2012

Di Suatu Pengajian




Terkenang sebuah memori lalu....
kisah persahabatan kita bersama...
di dalam satu pengajian...
menuntut ilmu dan pengalaman...
mengingatkanku... pengorbananmu..
terpahat padu.. dikalbuku...

Sunday, January 29, 2012

Titi Hayun dan Tangga Kenari

sesiapa yang ingin menjauhkan diri dari kesibukan bandar boleh datang kesini untuk menikmati alam persekitaran yang amat indah.. pemandanganya boleh menenangkan sesiapa sahaja yang datang kesini... air yang jernih, udara yang nyaman dan sejuk membuatkan kita alpa seketika dunia yang sibuk... jangan melepaskan peluang anda untuk datang ke titi hayun dan tangga kenari yang hanya 43 kilometer dari bandar Alor Setar...

Tuesday, January 24, 2012

XPDC Gunung Jerai




Gunung Jerai adalah antara tempat reakreasi yang terkenal di Kedah.. hari ini 24.1.2012 saya bersama 3 orang rakan mendaki gunung Jerai yang jauhnya 12 kilometer perjalanan dari kaki gunung Jerai..iaitu 1200 meter dari aras laut..perjalanan pergi dan balik ialah 24 kilometer.. memang memenatkan... kami bertolak dari kaki gunung Jerai tepat pada pukul 9 pagi dan sampai di puncak pada pukul 12 tghhari.. dengan berjalan kaki...hui..penatnya....3 jam baru sampai puncak..dan sampai di kaki gunung pada pukul 5.10 petang..tp berbaloi..pemandangan yang indah ciptaan Tuhan pasti menjanjikan suasana yang tidak dapat dilupakan..saya dedikasikan gambar ini untuk rakan saya dari PAHANG...:)

Wednesday, January 18, 2012

Atas bot..


ronda-ronda dengan bot..... pusing-pusing Pulau Pangkor.. hui..bestnya

Thursday, December 22, 2011

Cameron Highlands



bentuk muka bumi yang berbukit bukau di Cameron memberikan satu pemandangan yang indah kepada sesiapa sahaja yang melihatnya... hebatnya ciptaan Allah. penulis bergambar di hadapan ladang Teh..

Wednesday, December 21, 2011

Gerhana Bulan


Alangkah indahnya ciptaan Tuhan, bagaimana Allah menjadikan gerhana dari awal hingga akhir..

Tuesday, December 20, 2011

Pantai Merdeka

Pemandangan di Pantai Merdeka amat menarik untuk dikunjungi kerana ianya memberi inspirasi atau ilham kepada mereka mengunjung pantai tersebut.. dengan tambang RM 2.00 anda boleh membeli belah di Tanjung Dawai dengan menaiki bot.. banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Merdeka ini. antaranya ialah aktiviti perkhemahan, sukaneka, berenang, joging dan sebagainya.. sekiranya anda berminat untuk memancing, sini adalah tempat yang sesuai..

Sunday, February 6, 2011

Places of interest in Langkawi











Photo Menarik sekitar langkawi yang sempat dirakamkan oleh penulis..

Langkawi Island

gambar penulis di Pemandangan Indah, Pantai Kok dan Pantai Pasir Tengkorak...gambar ini diambil ketika perjalanan pulang ke chalet Beringin Beach Resort.. nikmatilah pemandangan ciptaan Tuhan...



Pantai Pasir Tengkorak..


Rumah agam di tepi pantai

rumah agam yang berada di tepi pantai ini kelihatan menarik untuk didiami. bagi mereka yang ingin kelainan bolehlah menginap disini.

Damainya..

tempat yang jauh dari kesibukan bandar.. pemandangannya yang indah memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin idea atau ilham..

alangkah damainya..


Photo menarik di pulau langkawi..

3 februari 2011 merupakan cuti tahun baru cina, bagaimana anda menghabiskan masa cuti anda. adakah dengan menonton tv atau terperuk di rumah sepanjang masa.. sekiranya anda berpeluang ke Langkawi ia merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk menghabiskan cuti anda...

Friday, March 26, 2010

Anugerah Olahragawati Harapan 2010


Siti Zulaikha bt. Rosman dipilih menjadi olahragawati harapan 2010 di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman. Hidup Bayan!!!

Bolot banyak pingat Emas


Temasya Olahraga SKDWMS baru-baru ini, Rumah Bayan membolot banyak pingat emas. ia menjadi kenangan manis kepada semua peserta rumah Bayan. Hidup Bayan!!!

Sunday, March 14, 2010

Kenangan


Cantik dak jersi kami nih? macam penyokong MU ja. dihadapan Hafizi dan belakang dari kiri Zahir, Fakhrudin dan Khairudeen. gambar ini diambil semasa perlawanan sedang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman.

Si kecil berbakat besar


Si kecil yang berbakat besar, itulah dia Mohd Hafizi b. Marzuki adik kepada kapten pasukan bolasepak sekolah. bersama-sama dengannya dari kiri ialah Syarifah Aida dan juga Afifah yang merupakan penonton setia bolasepak sekolah.

Kemenangan Menjadi Kenangan


kita juara! mungkin itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka. jelas wajah ceria ini amat berpuas hati dengan kemenangan yang diperolehi. Tahun 2010 merupakan tahun bertuah bagi pasukan bolasepak Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd saman.