Friday, January 1, 2010

Sinar Islam 2010

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Selamat Tahun Baru 2010. semoga tahun ini akan menjadi tahun yang paling baik untuk kita semua. tekad dan azam yang baru akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berusaha untuk memperbaiki dan memajukan diri kita, hatta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Pada tahun yang lepas kita telah disogokkan dengan pelbagai peristiwa yang baik dan juga tidak baik. banyak perkara yang berlaku di luar dugaan kita, seperti mana yang kita ketahui bahawa banyak kes-kes jenayah yang amat menyedihkan kita. Kemalangan, ragut, rogol, bunuh dan lain-lain lagi sentiasa menjadi tajuk utama di dada akhbar. kita sebagai muslim dan juga rakyat Malaysia apakah tanggungjawab kita apabila jenayah tersebut berlaku depan mata kita. apakah kita membiarkan sahaja perkara itu berlaku? kita sebagai khalifah di muka bumi ini bertanggungjawab sepenuhnya apa yang berlaku. kita perlu menyuruh kepada maaruf dan mencegah kemungkaran, bukankah ini saranan Allah dan juga Nabi kita? manusia yang berhati perut tidak akan membiarkan perkara sedemikian rupa berlaku. tambahan pula kita sebagai umat Islam sememangnya wajib mencegah perkara yang tidak baik, ia merupakan salah satu daripada jihad. semoga tahun 2010 ini menyedarkan kita semua betapa parahnya jenayah yang berlaku. semua pihak perlu berganding bahu dalam memikul perkara ini. Namun apa yang pasti sekiranya hukum Islam ditegakkan di bumi yang bernama Malaysia ini, InsyaAllah pasti perlakuan jenayah akan dapat dihapuskan. keadilan akan bersinar dimana kemakmuran dan keamanan akan dapat dikecapi. harapan semoga tahun 2010 ini akan tertegaknya keadilan Islam di Malaysia yang bertuah ini.